Khamis, 27 Oktober 2011

Warna

roda warna 
Pengenalan
Warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan melalui visual atau deria penglihatan. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat warna. Justeru itu warna dan cahaya merupakan dua perkara yang berkait rapat.

Warna terbahagi kepada 3 bahagian
a. warna Asas
b. warna Sekunder
c. warna Tertier



a) Warna Asas
* Terdiri daripada warna merah, biru dan kuning.
* Juga dikenali sebagai warna yang tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain.
* Merupakan warna utama, yang mana apabila dicampurkan akan menghasilkan lain warna.



b) Warna Sekunder
* Terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.
* Ia merupakan campuran dua warna asas seperti dibawah :
   warna asas + warna sekunder

  •    kuning + biru hijau
  •    biru + merah ungu
  •    merah + kuning jingga
c) Warna Tertier
* Terdiri daripada campuran satu warna asas dan satu warna sekunder yang bersebelahan dalam  
   roda warna.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan